Thursday, 28 May 2015

Bedah buku: Biografi Youssef Nada


Youssef Mustafa Nada, seorang tokoh kemanusiaan yang disegani dan dipandang tinggi pada abad ke-21.  Beliau adalah usahawan dan  ahli kewangan yang terbilang. Beliau juga dikenali sebagai utusan asing politik antarabangsa Ikhwan Muslimin (IM). 



Persekolahan Nada bermula di Sekolah Rendah Al-Ramliah dan beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Pertanian, di Universiti Alexandria. Beliau adalah ahli kesatuan pelajar yang  mempunyai sikap dan pandangan yang kukuh.
Hobi beliau adalah menghadiri mahkamah undang-undang di bandar Alexandria. Daripada situ, beliau belajar tentang cara berunding dan menbentang idea seterusnya menimbulkan minat terhadap dunia perundangan.
Ibu bapa Nada, Mustafa Ali Nada dan Nemat Abu Saud, adalah orang yang dihormati oleh masyarakat dan mempunyai keluarga yang besar. Youssef Nada dilahirkan sebagai anak keempat daripada 11 orang adik-beradik di Alexandria, Mesir pada 17 Mei 193. Bapanya memiliki sebuah ladang dan kilang hasil tenusu yang menjadi sumber pendapatan keluarga mereka. Semasa kanak-kanak lagi, beliau belajar cara mengendalikan haiwan ternakan dan memahami sikap orang sekelilingnya.
Menariknya, beliau dianugerahi kewarganegaraan Tunisia bersama pasport yang membuka peluang bagi beliau mengelilingi dunia oleh Presiden Habib Bourguiba. Manakala di Libya pula,  beliau mendapat sokongan yang tingi daripada Raja Idris Al-Sanoosi. Kini, beliau menetap di luar bandar Campione d’Italia di Swiss bersama isterinya, Amal Chichakli dari Hama di Syria yang merupakan anak komander tentera dan ahli politik. 

No comments:

Post a Comment