Friday, 20 January 2017

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Allah bagi wajah yang sempurna, suara yang sedap, kesihatan yang baik, jari jemari yang lincah untuk membuat kerja, kaki yang kuat untuk melangkah, hidung yang ada deria bau, kulit yang sihat.

Maka, nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan?

Alhamdulillah, Allah bagi ada mama yang penyayang dan menjadi pendengar setia, abah hero yang sanggup berkorban untuk anak-anaknya, keluarga sakinah yang menjadi tulang belakang kehidupan, sahabat-sahabat yang menjadi penguat semangat  dan penghibur di kala duka, teman-teman seperjangan yang menjadi memori manis kita bersama.

Maka, nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan?

Alhamdulillah,, Allah bagi rezeki padaku untuk mengerjakan haji bersama keluarga, bertawaf di hadapan rumahMu yang mulia, solat di hadapan maqam Ibrahim, melontar di jamrah, kehidupan di Madinah dan Mekah adalah satu kemuliaan, bersolat di RaudatunNabi  taman syurga di dunia, berbuka di masjid Nabawi.

Maka, nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan?

Alhamdulillah, Allah bagi peluang belajar, tentang agama yang aku perlu tahu, amal dan sampaikan, tentang kehidupan duniawi, tentang luasnya ilmu Allah umpama dakwatnya adalah lautan kemudian ditambah lagi lautan yang tintanya sebatang pena.

Maka, nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan?

Alhamdulillah, aku bisa makan yang sedap-sedap, tidur di katil yang empuk, bisa mengurus diri, mandi dengan air yang bersih, pakai baju sendiri, bisa melakukan pekerjaan dengan baik, boleh berfikir dan bertindak.

Maka, nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan?

Bersyukurku padaMu Wahai Tuhan Yang Paling Penyayang
Terima Kasih Ya Allah

Saturday, 31 December 2016

2017

Its begin a new year and hard coming life as a student , cause I'm a final year student. Throwing back to 2016, colourful moment cherish in my life. There was a black holes, white shiny stars, fresh blue sky, green algae patches, red blooded and many more colour in our life. So, don't despair and turn to Allah.
A new journey is begin, so lets open our new planner to make our successful in this dunya and the hereafter. As saying goes say, if you fail to plan, you plan to fail. May Allah granted His mercy to us.

Happy New Year.

Al-Farah Hanan
1/1/2017
University of Malaya

Saturday, 28 May 2016

Pelupa?

Terkadang aku teruji sendirian, akibat kebodohan dan kealpaan........ Ceritanya begini, aku terlewat bangun hari ini. Lantas aku pun bingkas ke tandas dengan hanya membawa berus dan ubat gigi. Betul la kan? Tapi bila nak buka pintu bilik......

" Alamak, kunci... macamana ni...Mesti roomate dah pergi. Aishhh..". Dalam hati gedebuk-gedebak. Allah je yang tahu. Alhamdulillah dengan bantuan jiran sebelah bilik, aku berjaya juga call roooomate. And guess what?

Hari ini adalah hari terbaik aku diuji. Aku berjalan pergi ke kampus semata-mata untuk ambil kunci dari roomate dan balik pun jalan kaki. Haha, padan muka. Itulah lain kali beringat, kata pepatah : Sediakan payung sebelum hujan. Kataku: Sediakan kunci sebelum masuk bilik.

Jadi, beringat wahai diri yang alpa. Kunci adalah perkara yang paling utama dalam hidup. Kunci bilik tertinggal boleh pecah je ..( cakap macam ada pengalaman je, hiks), tapi kalau kunci nak masuk syurga tertingal macamana ye? Garu kepala kejap.. Kuncinya adalah dua kalimah syahadah. Mudah-mudahan kunci itu lah yang akan kita bawa menuju ke syurga dan semoga selamat sampai ke Jannah al-Firdaus NYA. Amin ya Rabbal alamin.

Ok, sekian sahaja coretan untuk hari ini. Moga ada pengajarannya.. ^.^

28/5/2016.
Blok Cempaka,KK9. 

Tuesday, 30 June 2015

Syoknya bangun awal pagi !!

"Siapa mahu berjaya? Angkat tangan." kata Cikgu Suhaili kepada murid-muridnya.

"Saya, saya."

"Ok. Baik. Jadi kalau kamu mahu berjaya, bangun awal pagi."

...............................................................................................................................

Haaa. Pernah dengar tak situasi macam ni? Itulah yang saya nak bagitau kat awak yang bangun pagi bagus bangat..hehe.
Amalan pagi adalah suatu kejayaan kerana tak semua orang yang berupaya bangun awal pagi. Macam saya pun tengah berusaha bangun pagi. Mujahadah bangun pagi. Biasalah tu..

Orang tua selalu pesan : tak elok tido lepas subuh nanti jadi papa. memang betul pun sebab kalau tidur time lepas Subuh, rezeki yang sampai kat kita melepaslah.

Nabi Muhammad saw pun pernah bersabda,
          "Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi."
                                                                                         (Hadith direkodkan oleh At-Tirmizi,
                                                                                                                   Ibnu majah dan Ahmad)
Ok, itu je ceritera hari ni.
Jadi selamat berjuang bangun awal pagi. :)

Thursday, 28 May 2015

Bedah buku: Biografi Youssef Nada


Youssef Mustafa Nada, seorang tokoh kemanusiaan yang disegani dan dipandang tinggi pada abad ke-21.  Beliau adalah usahawan dan  ahli kewangan yang terbilang. Beliau juga dikenali sebagai utusan asing politik antarabangsa Ikhwan Muslimin (IM). 



Persekolahan Nada bermula di Sekolah Rendah Al-Ramliah dan beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Pertanian, di Universiti Alexandria. Beliau adalah ahli kesatuan pelajar yang  mempunyai sikap dan pandangan yang kukuh.
Hobi beliau adalah menghadiri mahkamah undang-undang di bandar Alexandria. Daripada situ, beliau belajar tentang cara berunding dan menbentang idea seterusnya menimbulkan minat terhadap dunia perundangan.
Ibu bapa Nada, Mustafa Ali Nada dan Nemat Abu Saud, adalah orang yang dihormati oleh masyarakat dan mempunyai keluarga yang besar. Youssef Nada dilahirkan sebagai anak keempat daripada 11 orang adik-beradik di Alexandria, Mesir pada 17 Mei 193. Bapanya memiliki sebuah ladang dan kilang hasil tenusu yang menjadi sumber pendapatan keluarga mereka. Semasa kanak-kanak lagi, beliau belajar cara mengendalikan haiwan ternakan dan memahami sikap orang sekelilingnya.
Menariknya, beliau dianugerahi kewarganegaraan Tunisia bersama pasport yang membuka peluang bagi beliau mengelilingi dunia oleh Presiden Habib Bourguiba. Manakala di Libya pula,  beliau mendapat sokongan yang tingi daripada Raja Idris Al-Sanoosi. Kini, beliau menetap di luar bandar Campione d’Italia di Swiss bersama isterinya, Amal Chichakli dari Hama di Syria yang merupakan anak komander tentera dan ahli politik. 

Tuesday, 10 March 2015

Kecewa

Kecewa,
perkara biasa
kerana ia lumrah hidup sementara
sedangkan Rasul pun berduka
apatah lagi kita manusia
manusia penuh dosa.

Kerana dia
terlalu berharap tanpa hirau kepada
rasa, masa dan tenaga
lalu kukecewa dan berdukacita
memendam rasa

Hidup ini
jalannya penuh liku
hari ini hari bersinar sang mentari
esok tiba waktu hujan lebat tidak kuimpi
namun akhirnya pelangi nan indah menghadirkan diri

Thursday, 13 November 2014

                                       

                                       
Jom kita amalkan. Sunnah nabi tau. Moga hari-hari kita lebih dirahmati Allah.