Friday, 23 May 2014

Cerita ASSIGNMENT

Bismilahirrahmanirrahim.

Cerita satu

Malam itu, saya berniat untuk menyiapkan 2 assignment yang diberikan, kerana esok adalah tarikh akhir untuk menghantarnya. Dan, saya mengambil keputusan untuk tidur sebentar sebelum saya 'stay up' demi menyiapkan assignment grouping.

Tiga jam tidur di atas lantai sememangnya tidak memuaskan mata dan badan. Namun, ada kerja yang perlu saya selesaikan. Kemudian malam itu, saya bersengkang mata menyiapkan bahagian saya. Sebagai orang terakhir yang perlu mengumpulkan kesemua bahagian, saya terpaksa menunggu mereka untuk menghantar kepada saya.

Tugas saya sebagai pengedit ini amatlah mencabar. Mana tidaknya, saya perlu mengikut format yang telah ditetapkan. Jika kawan-kawan sekumpulan menghantar lewat, maka lewatlah kerjanya. Seperti itulah yang berlaku pada saya.

Cerita dua

Saya menunggu fail dari mereka melalui fb. Dek kepenatan berjaga malam dan penat juga menunggu, saya kembali tidur untuk memulihkan tenaga. Setelah tiga jam berlalu, ada pesanan ringkas masuk ke dalam handphone. Tanpa banyak berfikir, saya ingin membuka laptop kesayangan. Tiba-tiba,...

"Laptop buat hal pula!" Saya mula risau bagaimana untuk menyiapkan tugasan itu dengan keadaan laptop itu. Adus,,, masa ada kerja penting ini banyak pula halangan.






ASSIGNMENT

Pernah anda mengalami situasi di atas?? Apa tindakan anda??

Saya hampir-hampir ingin mengalah, namun Alhamdulillah, Allah membantu. Saya meneruskan hingga semuanya selesai.

Bagaimana saya untuk menyiapkannya di saat genting ?

1. Prinsip buat sampai sudah. Saya berpegang kepada tiga perkataan ini. Tidak kiralah apapun yang berlaku.

2. Bertenang, kerana setiap masalah ada penyelesaian.

3. Berdoalah supaya Allah memudahkan urusan.

Jadi, teruslah berusaha hingga anda berjaya. Setiap usaha, Allah menilainya tanpa tertinggal walau sedikit pun. Assignment perlu ada perancangan. Bagaimana memulakan, di pertengahan, dan di pengakhiran. Dan bila ada masalah yang timbul, berlapang dadalah.

Ada hikmahnya..


No comments:

Post a Comment