Thursday, 26 December 2013

Yaumul Jumuah



Bismillah. Selamat pagi.

Alhamdulillah. Hari ni hari jumaat. Jadi, kalau bosan , dan x tau nak buat apa hari jumaat , JOM kita fikir sama-sama tentang apa specialnya hari JUMAAT.!

1. Ketua segala hari.
 Dalam bahasa arabnya, adalah sayidul ayyam. Kalau dalam satu kelas, kita ada ketua kelas. Macamtu juga, kalau dalam seminggu kita ada Jumuuah sebagai penghulunya.

2. Hari raya kecil bagi umat Islam.
Sapa yang x suka hari raya? Angkat kaki.. KRIK..KRIK.. Mesti yang angkat tu dia ada masalah kan?
Ok, jadi bergembiralah kerana kita ada peluang untuk berhari raya setiap minggu. HOOOREY.

3. Doa dimakbulkan.
Bayangkan ada satu orang yang datang kepada anda, dan berkata" Tahniah, anda telah memenangi hadiah istimewa dari syarikat kami. Jadi apa sahaja permintaan anda akan kami tunaikan, asalkan logika!" .
WOW, seronokkan kalau ada orang kata macamtu kat kita.

Allah SWT sahaja yang mampu untuk merealisasikan impian anda. Ada satu waktu yang Alah akan angkat doa dari hamba-hambaNYa. Masa tu adalah waktu Asar sehingga Maghrib.

4. Solah jumaat.
Ini sangat special. SERIUS!!! Anda tau x sebab apa? Sebab ada makhluk Allah yang lain yang turut hadir mendengar khutbah jumaat dan bersama-sama solah jumaat. OSEM kan. sapa tu? Iaitu para malaikat yang selalu taat dan dekat dengan Allah SWT.

5. Surah kahfi.
KRIK.....KRIKK. hah, peliknya. OH, jangan pelik. Macamni surah Kahfi ni amat special untuk dibacakan pada hari jumaat ni, sebab sapa yang membacanya Allah akan menjaga nya dari jumaat tu sampailah kepada jumaat depan nya. Kalau x percaya, boleh tanya ustaz .


Ok, that all . Sebenarnya banyak lagi kelebihan hari jumaat. JOM kita mulakan hari jumaat dengan sesuatu kebaikan .


No comments:

Post a Comment